Kecergasan kardiovaskular berkaitan
dengan daya tahan kardiovaskular, kecergasan respiratori, kecergasan aerobik. Semua ini
merupakan aspek kecergasan terpenting bagi tubuh badan kt. Asas kepada sebarang aktiviti fizikal
juga faktor utama yang boleh mengurangkan risiko individu dari penyakit
kardiovaskular. Contohnya seperti penyakit jantung, penyakit hipokinetik,
penyakit lain dan yang blh menyebabkan kematian awal. Kardiovaskular cergas meningkatkan kebolehan
melakukan sebarang tugas dan secara lansung memudahkan cara kerja dan kehidupan kita seharian. Komponen dalam kardiovaskular terdiri daripada
jantung, paru-paru, salur darah, darah dan otot.
Fungsi Sistem Kardiovaskular
a) Penghantar
Menghantar
oksigen dan nutrient ke setiap sel di dalam badan melalui darah yang dipam oleh
jantung.
b) Pengeluar
Mengeluarkan
karbon dioksida dan sisa hasil metabolism daripada setiap sel dalam badan
c) Pengangkut
Mengangkut
hormone dari kelenjar endokrin ke sel-sel sasaran melalui plasma darah.
d) Pengekal
Membantu
mengekalkan suhu dalam badan.
e) Penghalang
Menghalang dehidrasi
dan infeksi dengan mengekalkan tahap cecair pada kadar yang sesuai.
Sistem Peredaran Darah
1.
Sistem Peredaran Pulmonari
2.
Sistem Peredaran Sistemik

No comments:
Post a Comment